Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

Program Ramah Mesra Tautan Ramadan Peringkat MADA Wilayah I oleh Timbalan Pengurus Besar (Pertanian)

05, Apr 2024
Ramadan yang bakal berlabuh pada tahun ini diserikan lagi dengan Program Tautan Ramadan Unit Pertanian Kecil (UPK) MADA Wilayah I, Perlis yang disempurnakan oleh Encik Zulkifli Romli selaku Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) bertempat di Pekarangan Pejabat MADA Wilayah I melibatkan seramai 150 orang hadirin yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jemaah Pengarah PPK MADA, Ketua Unit, Kumpulan Peladang Muda (KPM), Kumpulan PeladangNita (KPN) serta wakil-wakil peladang dari keseluruhan 5 buah PPK di bawah seliaan MADA Wilayah I, Perlis.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan Lagi hubungan silaturrahim diantara kepimpinan MADA, Pertubuhan Peladang Kawasan serta peladang-peladang di kawasan. Disamping itu, ianya dapat memperkukuhkan lagi kerjasama di peringkat lapangan serta ianya turut dapat memperkasakan lagi peranan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA. Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA turut berkesempatan beramah mesra dengan peserta dalam program pertandingan memasak bubur lambuk serta menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan memasak bubur lambuk bagi program ini.
Turut sama hadir ke program ini dari kalangan pengurusan tertinggi MADA adalah Encik Rozaidi Sharee, Pengarah Bahagian Pengurusan Wilayah serta Puan Jalizah Abdul Jalil, Pengarah Bahagian Pengurusan Institusi Peladang.


BERITA LAIN