Sesi lawatan kerja Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Kawasan Muda (MADA) telah memasuki hari ke-2 dengan kehadiran beliau ke Majlis Penyerahan Bantuan Geran Usahawan MADA bertempat di PPK MADA F-4 Sungai Limau Dalam, Yan. Beliau turut menyatakan di dalam ucapannya untuk MADA terus komited meneruskan usaha melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan bagi membela nasib dan taraf hidup ekonomi golongan sasar di Kawasan Muda di samping melahirkan usahawan-usahawan yang lebih progresif dan berdaya saing. Bagi memastikan usahawan MADA lebih berdaya saing, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyediakan pelbagai program bantuan khususnya kepada usahawan-usahawan bimbingan MADA serta mengambil berat kepada perkara-perkara berkaitan pembangunan golongan usahawan dalam memacu keseimbangan pembangunan modal insan yang memberikan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Pada hari ini seramai 61 orang usahawan-usahawan bimbingan MADA telah di pilih untuk menerima bantuan geran berjumlah RM 1.106 juta melalui skop Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP), Program Agropreneur Muda dan Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan. Selain dari itu, Yang Berhormat turut menyampaikan anugerah Ikon Usahawan Padi kepada 4 orang peladang MADA yang terpilih berdasarkan Kriteria Ikon Usahawan Padi Peringkat MADA. Seusai majlis tersebut, Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKM terus di bawa ke Ladang Mempelam Tobiar Gold bagi mengakhiri sesi lawatan kerja ke kawasan MADA.
Turut sama hadir ke sesi lawatan kerja ini adalah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA iaitu Tuan Che Mat Dzaher Ahmad, Puan Siti Balkhis Husain dan Encik Mohd Nazri Ismail.
'Darjat Peladang Disanjung Tinggi, Martabat MADA Dijulang Megah'
BERITA LAIN