Tahun 2025 terus menyaksikan kesinambungan siri jelajah yang penuh bermakna yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melalui Program Jelajah Agropelancongan MADA yang dilaksanakan dengan matlamat utama untuk mempromosikan dan mengangkat industri pelancongan berasaskan sektor pertanian di Kawasan Muda, sekaligus membuka peluang kepada masyarakat umum untuk meneroka keindahan dan potensi sektor ini. Melalui siri jelajah ini, masyarakat diberikan peluang untuk menyelami dunia pertanian yang dinamik, selain memahami betapa pentingnya sektor ini di dalam membangunkan ekonomi tempatan dan negara secara keseluruhan disamping mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Yang Berbahagia Dato Pengerusi MADA telah memulakan Jelajah Agropelancongan MADA Siri 1 bertempat di Olah Homestay, Bukit Kodiang di bawah pemilikan Encik Ku Mohd Izwan Bin Ku Azmi, seorang usahawan agropelancongan di bawah bimbingan MADA yang telah memulakan perkhidmatan homestay seawal tahun 2023 dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pakej sewaan homestay moden dan tradisional kampung, tapak perkhemahan, kolam memancing, kolam renang, lokasi aktiviti bagi sukan riadah bersama keluarga dan lain-lain lagi. Beliau turut menyatakan rasa bangga di atas usaha kejayaan yang dibina melalui peruntukan kewangan yang disalurkan oleh MADA dan mengharapkan Olah Homestay ini akan menjadi salah satu mercu tanda agropelancongan yang akan memartabatkan MADA dan Kawasan Muda sebagai destinasi pelancongan negara di masa-masa akan datang.
Turut sama hadir ke Jelajah Agropelancongan MADA ini iaitu Tuan Haji Kamarudin Dahuli (Pengurus Besar), Encik Zulkifli Romli (Timbalan Pengurus Besar – Pertanian), Tuan Che Mat Dzaher Ahmad (Ahli Lembaga Pengarah MADA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Agropelancongan MADA), Pengarah-Pengarah Bahagian serta Wakil-Wakil Usahawan Agropelancongan di bawah bimbingan MADA.
“Peluang Dicipta, Kejayaan Diraih, Masa Depan Terbentuk”
#VisitMalaysia2026
#MalaysiaTrulyAsia
#CutiCutiMalaysia
#SurrealExperience
#tahunmelawatkedah2025
BERITA LAIN