Bersempena penghujung Bulan Syawal yang mulia ini, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitiri 2025 peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang turut disertai oleh Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi di bawahnya sebagai pengerat dan penghubung tali silaturrahim bukan sahaja kepada pegawai / kakitangan yang beragama Islam, malahan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam. Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini turut diserikan dengan ucapan amanat di dalam perhimpunan bulanan serta penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim yang dijemput memeriahkan majlis sambutan.
Pihak MADA yang diwakili oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA, Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli selaku Pengurus Besar bersama-sama kehadiran pengurusan tertinggi serta ahli-ahli Lembaga Pengarah turut menyatakan rasa gembira dan berbesar hati di atas pengumuman sebagai Johan Booth Raya Paling Havoc yang berkonsepkan Farm Cottage, dekorasi tema pilihan utama berserikan Muji Colour dengan hidangan menu tradisional seperti Laksa Perlis, Cucur Udang, Nira Nipah serta Jus Minuman Tobiar Gold. Pihak MADA turut mengharapkan agar Syawal pada tahun ini akan dapat menyatukan seluruh hati-hati warga Kementerian, Jabatan serta Agensi dalam usaha untuk memartabatkan agenda keterjaminan makanan negara di persada dunia.
Turut sama hadir ke majlis iaitu Tuan Che Mat Dzaher Ahmad dan Puan Siti Balkhis Husain selaku ahli-ahli Lembaga Pengarah MADA, Tuan Engineer Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal), Tuan Haji Muhamad Hisham Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar – Pertanian), Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pengurus-Pengurus Wilayah MADA..
BERITA LAIN