img-header-mada
img-header-cnt
Isnin, 12 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MALAM CITRAWARNA KUALA PERLIS 2025 SEMPENA JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS

09, May 2025
DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid telah berkenan berangkat ke Malam Citrawarna Kuala Perlis 2025 bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Dan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 bertempat di Dataran Lok 9, Kuala Perlis. Turut berangkat bersama DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Malam Citrawarna Kuala Perlis 2025 adalah merupakan program anjuran Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis serta Pusat Khidmat ADUN Kuala Perlis. Majlis ini dianjurkan bagi mencerminkan kejayaan dan pembangunan Negeri Perlis sepanjang pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis yang telah mencapai 25 tahun. Pelbagai aktiviti menarik telah dlaksanakan sepanjang majlis berlangsung antaranya persembahan kebudayaan serta perarakan kereta berhias yang melibatkan penyertaan kenderaan daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan, Parlimen Arau serta Swasta. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut mengungguli tempat pertama dan telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kereta Berhias Terbaik pada majlis ini. Turut sama hadir memeriahkan majlis ini ialah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA), Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar MADA) serta Puan Sakinah Ahmad Tarmizi (Pengurus MADA Wilayah 1, Perlis).

Patik-patik sekalian warga MADA di Negeri Kedah dan Negeri Perlis sentiasa mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis bersama keluarga dan kerabat sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wataala, dengan bertambah-tambah Daulat, Kemuliaan dan Kebesaran serta dilanjutkan usia, memerintah dengan adil dan saksama sebagai pelindung keamanan dan kesejahteraan rakyat sekalian.

“Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi