img-header-mada
img-header-cnt
Isnin, 19 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SESI TOWNHALL TIMBALAN MENTERI KPKM BERSAMA PELATIH & WARGA KERJA INSTITUT LATIHAN TVET PERTANIAN KPKM

14, May 2025
Pada hari ini, Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (KPKM) bersama-sama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan satu Sesi Townhall Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama para pelatih serta warga kerja institut latihan TVET Pertanian KPKM bertempat di MADA Rice Training Centre, Alor Setar. Sesi ini turut menghimpunkan alumni, pelatih, penggiat industri serta warga institusi latihan TVET dalam sektor pertanian, sekaligus menjadi platform libat urus secara langsung antara pihak kementerian dan pemain industri di peringkat akar umbi. Dalam sesi ini, beberapa anugerah penghargaan telah disampaikan bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang individu dan institusi dalam pembangunan sektor agromakanan di mana salah satu anugerah utama ialah Anugerah Ikon Agro yang diberikan kepada alumni MADA Rice Training Center (MRTC) yang menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian profesional, sumbangan kepada masyarakat dan industri, reputasi dan kredibiliti yang terbukti, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Majlis ini turut menyaksikan pengiktirafan kepada MADA Rice Training Center (MRTC) yang telah menerima Pensijilan Kod Amalan Akreditasi Program TVET (COPTPA) pada 25 Februari 2025 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Anugerah Pelatih Cemerlang turut diberikan kepada dua pelatih yang menonjol dari segi pencapaian akademik dan kemahiran, penglibatan aktif dalam kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan, serta sumbangan kepada komuniti dengan rekod disiplin yang bersih. Turut sama hadir ke majlis ini iaitu Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA) serta Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar MADA)..

“Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi