img-header-mada
img-header-cnt
Isnin, 19 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (MADA) TAHUN 2025

15, May 2025
Seramai 106 orang kakitangan MADA telah dipilih sebagai penerima anugerah yang terdiri dari 10 orang Pegawai Pengurusan dan Profesional serta 96 orang kakitangan dari Kumpulan Pelaksana pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MADA Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seumpama ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan Penjawat Awam khususnya kakitangan MADA untuk terus memberikan sepenuh komitmen daya usaha, dalam mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti diri. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian di dalam ucapannya turut menyatakan bahawa Perkhidmatan Awam adalah merupakan jentera pembangunan negara untuk memastikan dasar Kerajaan terlaksana sehingga ia dapat dinikmati oleh seluruh rakyat di dalam pembangunan Malaysia MADANI. Dalam konteks ini juga, Penjawat Awam disaran untuk berubah menjadi lebih dinamik, berintegriti dan perlu seiring dengan tuntutan semasa.

Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini mempunyai agenda khusus kepada penyelesaian masalah, memenuhi keperluan semasa, menyentuh pencorakan masa depan dan memenuhi potensi rakyat serta negara. Cita-cita besar ini akhirnya akan membina semula kegemilangan Malaysia sebagai negara makmur dan adil. Turut sama hadir ke majlis Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA) serta Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar MADA).



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi