img-header-mada
img-header-cnt
Isnin, 19 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS PELUNCURAN JOM TURUN BENDANG 2025

18, May 2025
Penganjuran program “Jom Turun Bendang 2025” yang dianjurkan ini adalah merupakan salah satu medium untuk menghebahkan segala kempen dan aktiviti pengembangan MADA di dalam usaha untuk memberikan kesedaran kepada seluruh para pesawah berkenaan Permulaan Akitiviti Penanaman Padi Musim 1/2025 yang kini telah bermula di Kawasan Muda (MADA) serta seruan sasaran hasil padi MADA bagi tahun 2025 iaitu sebanyak 6.0 tan per hektar. Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA) sewaktu menyampaikan ucapan peluncurannya menggesa agar para pesawah untuk mematuhi jadual yang telah ditetapkan supaya penggunaan air dapat dioptimumkan dan untuk mengelakkan berlaku pembaziran air. Disamping itu, para pesawah perlu bersepakat dan berbincang untuk menjalankan aktiviti di bendang seperti membajak, menabur dan sebagainya bagi mengelakkan adanya segelintir pesawah yang gagal mematuhi jadual dan menjalankan aktiviti bendang selepas tarikh henti bekalan air.

Program ini turut dimuliakan dengan Majlis Bacaan Yasin bagi mengiringi langkah awal para pesawah dalam melaksanakan Aktiviti Penanaman Padi Musim Pertama, pameran syarikat input pertanian, jualan Rahmah serta aktiviti sukan bendang. Pihak MADA mengharapkan agar program ini mencapai objektif dalam memberikan kesedaran kepada para pesawah tentang pentingnya pematuhan Jadual Pengairan dan Jadual Penanaman Padi. Turut sama hadir ke majlis peluncuran Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar MADA), Pengarah-Pengarah Bahagian, kakitangan MADA serta para pesawah di Kawasan Muda Negeri Kedah dan Perlis.



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi