Agenda peningkatan produktiviti tanaman padi di Kawasan Muda adalah merupakan agenda utama pihak Kerajaan MADANI melalui MADA untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan negara di samping meningkatkan tahap sosio-ekonomi para pesawah di kawasan MADA. Dengan Peluncuran Kempen Kawalan Rumpai yang disempurnakan pada hari ini oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA) bertempat di Batu 17 Guar Chempedak, pihak MADA terus komited memastikan inisiatif ini bertepatan dalam memberikan kesedaran kepada para pesawah supaya membuat kawalan rumpai iaitu (padi angin, sambau dan keladi agas) di peringkat awal penanaman bagi memastikan kawalan yang berkesan dan seterusnya meningkatkan hasil padi pada kos yang optimum.
Pengerusi MADA turut menyampaikan seruan kepada seluruh pesawah untuk menggerakkan seluruh jentera di peringkat PPK dan Unit Peladang bagi memastikan semua peladang-peladang MADA memulakan aktiviti penanaman padi Musim 1/2025 mengikut jadual yang telah dipersetujui. Turut sama hadir ke majlis adalah Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar MADA), Tuan Engineer Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal), Tuan Che Mat Dzaher Ahmad dan Puan Siti Balkhis Husain selaku ahli-ahli Lembaga Pengarah MADA.
