Seramai 784 orang graduan yang terdiri dari Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Pertanian, Sijil Veterinar Malaysia dan Sijil Perikanan telah diraikan bersempena Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-13 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertempat di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menyatakan di dalam ucapannya menyatakan bahawa sepanjang tahun 2024, KPKM telah melangkah maju dengan melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang merangkumi peningkatan kemudahan dan fasiliti di Institut Latihan TVET pertanian, penambahbaikan kurikulum pemerkasaan dan peningkatan penglibatan anak muda. Kadar kebolehpasaran graduan TVET Pertanian KPKM bagi tahun 2024 juga telah mencatatkan peningkatan kepada 78.1 peratus berbanding 72.3 peratus pada tahun 2023. Pelbagai aktiviti dan program telah dan akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi memastikan graduan TVET Pertanian yang dilahirkan akan memenuhi keperluan tenaga mahir yang diperlukan oleh industri.
KPKM melalui Institut Latihan TVET Pertanian akan sentiasa menyemak dan menambahbaik kurikulum yang diguna pakai. Penambahbaikan kurikulum akan sentiasa dilaksanakan dengan kerjasama pemain industri bagi memastikan tenaga kerja yang dilahirkan memenuhi keperluan dan kehendak industri. Turut sama hadir memeriahkan majlis ini adalah Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar MADA) serta yang diraikan 17 orang graduan mewakili MADA Rice Training Centre (MRTC) yang ditabalkan kalongan (hood) merah.
