img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 26 Jun 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SESI WALKABOUT PENGERUSI MADA BERSEMPENA PESTA MEMPELAM TOBIAR 2025

21, Jun 2025
Pesta Mempelam Tobiar 2025 yang diadakan selama tiga (3) hari oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bertempat di Ladang Mempelam Tobiar, Pendang, Kedah telah mendapat sambutan meriah dari para pengunjung dalam dan luar negeri dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan mempelam dan produk usahawan, pertandingan dan aktiviti sukan rakyat, perkhidmatan penyelengaraan peralatan pertanian serta sesi walkabout Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA) pada hari ke-3 penganjuran. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli selaku Pengurus Besar MADA pada sesi walkabout beliau pada hari ke-2 penganjuran pesta, pihak MADA setiap tahun memperkenalkan Ladang Mempelam Tobiar sebagai pusat pengeluaran mempelam berkualiti tinggi, malah turut menjadi platform mempromosikan produk agro peladang tempatan serta memperkukuh jaringan antara agensi, usahawan dan masyarakat setempat.

Pengerusi MADA turut menyatakan rasa berbesar hati di atas penganjuran Pesta Mempelam Tobiar pada tahun ini seterusnya membuktikan komitmen MADA di dalam memperkasakan sektor agromakanan selaras dengan agenda pembangunan luar bandar yang mampan. Selain itu, pesta ini berjaya menarik minat oleh pelbagai generasi veteran dan muda terhadap bidang pertanian melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti. Sambutan positif dari para pengunjung yang hadir telah membuktikan bahawa usaha MADA dalam memartabatkan industri mempelam tempatan khususnya varieti Chok Anan bukan sahaja memberi impak kepada usahawan tani dan peladang tempatan, malah turut menyumbang kepada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap potensi besar industri mempelam sebagai salah satu sumber pertumbuhan agromakanan negara. Pesta ini juga berperanan sebagai medium untuk mengukuhkan hubungan strategik antara agensi Kerajaan, komuniti setempat dan pihak industri dalam usaha memperluas pasaran serta memperkasa daya saing produk tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa.



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi