img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 26 Jun 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PENGURUS BESAR HADIR KE ISTIADAT PERBARISAN KEHORMAT KEPUTERAAN TUANKU SULTAN KEDAH KE-83

22, Jun 2025
Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff berkenan berangkat hadir ke Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke-83 di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah. Istiadat dimulakan dengan ketibaan Baginda kira-kira jam 8.30 pagi dengan istiadat Kawalan Kehormatan Utama dari Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja bersama Panji-Panji Rejimen yang diketuai oleh Mejar Muhammad Nasrullah Abdullah. Pegawai Waran 1, Hermi Bin Bakry menyembah 'Hormat Diraja' serta diiringi Lagu 'Allah Selamat Sultan' dan tembakan meriam sebanyak 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (ISTIADAT) yang dipimpin oleh Mejar Hafizan Md Ghani dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (ISTIADAT) Kem Sungai Buluh, Selangor.

Berangkat hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamed Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Che Puan Nur Julie Ariff; Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim.

Sempena Istiadat Perbarisan Kehormatan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan pada kali ini turut diadakan pameran Aset Ketenteraan oleh 6 RAMD, 3 RAD Amor Diraja dan Rejimen 513 Askar Wataniah dengan mempamerkan aset-aset tentera darat di Perkarangan Dataran Medan Bandar khusus sempena Istiadat Perbarisan Kehormatan Tuanku Sultan Kedah Ke-83 selama dua (2) hari pada 21 dan 22 Jun 2025.



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi