img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 21 Ogos 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SOROTAN HARI TERAKHIR MADA @ HPPNK SABAH 2025

03, Aug 2025
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) telah melabuhkan tirainya dengan kehadiran bukan sahaja dari golongan peladang, penternak dan nelayan malah turut mendapat sambutan dari golongan muda. Kehadiran golongan ini disifatkan positif dan bertepatan dengan hasrat Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk golongan muda menceburi bidang pertanian selain memberikan semangat baharu kepada golongan peladang, penternak dan nelayan. Penganjuran program ini menyasarkan ratusan ribu para pengunjung ke acara berprestijnya disamping membantu merancakkan ekonomi negeri selain menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan industri agro makanan. Majlis Perasmian HPPNK @ Sabah 2025 hari ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Panglima Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang turut menyatakan rasa bangga di atas kejayaan KPKM kerana berjaya meneruskan penganjuran program seusia 50 tahun ini dan beliau turut menyatakan rasa bangga ke atas rakyat negeri Sabah khususnya keterlibatan golongan muda dalam memajukan sektor agromakanan negara ke arah yang lebih moden, mampan dan berdaya saing di peringkat global. HPPNK 2025 bukan sahaja menjadi platform mempamerkan kejayaan serta potensi sektor agromakanan, malah turut mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI dalam memastikan keterjaminan makanan serta kelangsungan sektor ini untuk generasi akan datang.

Pada hari terakhir penganjuran HPPNK, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA diiringi Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli turut hadir melancarkan Produk Usahawan MADA – Laksa Kedah dan Mee Kari (Ready-to-Eat) bertempat di Segmen Agro Farmers’ Village.

Secara dasarnya, HPPNK 2025 melibatkan kerjasama KPKM serta jabatan dan agensi di bawahnya dengan Kerajaan Negeri Sabah sebagai agensi pelaksana serta kerjasama dari rakan-rakan strategik, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang berkepentingan dalam sektor agromakanan negara. Pihak MADA dengan rasa berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengunjung yang hadir beramai-ramai memeriahkan HPPNK @ Sabah 2025 yang disertai oleh seluruh Jabatan dan Agensi di bawah anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

#HPPNK2025 #madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi