img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 28 Ogos 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

LAWATAN KERJA & MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH MADA DI KAWASAN MUDA

25, Aug 2025
Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah MADA bertempat di Dewan Utama Muda Resort, Mukim Sok, Daerah Sik, sebuah kawasan seluas 80 ekar yang merupakan antara hak milik penuh MADA yang turut menyediakan calet penginapan, asrama serta rumah rehat bagi mempromosikan kawasan pedalaman Negeri Kedah sebagai pusat tarikan pelancongan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi Lembaga Pengarah MADA turut menyatakan di dalam ucapan pembukaannya iaitu ucapan tahniah khususnya seluruh ahli-ahli Lembaga Pengarah yang telah hadir ke HPPNK 2025 @ Sabah serta menyatakan kebanggaan ke atas Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di atas kejayaan penganjuran ekspo pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025 yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu bermula dari 1 sehingga 3 Ogos yang lalu. Penganjuran HPPNK di Sabah yang bertemakan “Kudrat Kami Menjamin Pertiwi” dianggap meriah dengan kehadiran para pengunjung khususnya dari negeri bawah bayu turut melahirkan rasa teruja dan kagum melihat kelainan pada program yang berkonsepkan aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi. Seusai mesyuarat, kesemua ahli-ahli Lembaga Pengarah telah dibawa ke satu sesi lawatan kerja bertempat di Empangan Muda dan Empangan Pedu bagi melihat status terkini empangan serta dibawa ke Seri Mahawangsa Pedu Boathouse, seorang usahawan di bawah bimbingan MADA yang mengusahakan aktiviti pelancongan berasaskan tasik seperti perkhidmatan penginapan atas air, bot pelancong dan rekreasi air. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah mengenai potensi pembangunan ekonomi setempat melalui inisiatif usahawan tempatan serta memastikan program bimbingan MADA terus relevan dan berimpak tinggi kepada komuniti sejajar dengan aspirasi MADANI. Program ini turut diserikan dengan aktiviti penanaman anak pokok varieti buah-buahan sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta usaha memperkukuh inisiatif pusat tarikan pelancongan mampan khususnya di Muda Resort MADA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar MADA merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga), YBrs. Encik Abdul Rashid Bahri (Ketua Pengarah FAMA), Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Badlishah Raja Hussin (Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank), YBrs. Encik Muhammad Azlan Zakaria (Ketua Unit, Pejabat Belanjawan Negara – NBO) serta kepada seluruh ahli-ahli Lembaga Pengarah yang teribat di dalam menyokong dan memperkasa agenda pembangunan MADA.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi