img-header-mada
img-header-cnt
Ahad, 5 Oktober 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SESI PEMBENTANGAN REFORMASI INDUSTRI PADI DAN BERAS DI KAWASAN MUDA KE ATAS MENTERI KPKM

25, Sep 2025
Pada hari ini pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA bersama-sama Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar dan Puan Engku Mazlin Engku Halin, Pengarah Bahagian Industri Padi telah hadir membentangkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perkara berkaitan Reformasi Industri Padi dan Beras Di Kawasan Muda & Permohonan Peruntukan Program Pemerkasaan Usahawan Padi (e-PRO) bertempat di Pejabat Menteri, Wisma Tani, Putrajaya. Perbincangan ini bakal membawa satu gelombang reformasi industri padi di Kawasan Muda yang dijangka mampu untuk membela golongan pesawah, melonjakkan produktiviti, meningkatkan pendapatan pesawah serta memperkukuhkan rantaian nilai industri padi dan beras negara.

Melalui pembentangan yang komprehensif ini, pihak MADA telah mengetengahkan pelan strategik jangka pendek dan panjang yang merangkumi pemodenan infrastruktur pengairan, penggunaan teknologi pertanian terkini, serta pemantapan kapasiti usahawan padi melalui Program Pemerkasaan Usahawan Padi (e-PRO). Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut memberikan sokongan padu terhadap inisiatif ini dan menzahirkan komitmen KPKM untuk terus bekerjasama rapat dengan MADA dalam memastikan kejayaan reformasi ini. Perbincangan ini bukan sahaja menjadi titik tolak kepada perubahan landskap industri padi di Kawasan Muda, malah berpotensi menjadi model rujukan kepada kawasan jelapang lain di seluruh negara. Dengan kesepakatan dan iltizam yang ditunjukkan oleh semua pihak, gelombang reformasi industri padi ini diyakini akan mencetuskan transformasi menyeluruh yang mendukung keterjaminan makanan negara serta menjamin kesejahteraan para pesawah dalam jangka masa panjang.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi