img-header-mada
img-header-cnt
Selasa, 18 November 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

LAWATAN PENGERUSI MADA & ZIARAH KASIH DI KAWASAN MUDA

11, Nov 2025
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA telah melaksanakan satu siri lawatan kerja dan Ziarah Kasih ke beberapa projek usahawan di Kawasan Muda bagi menilai perkembangan semasa serta kemajuan projek yang berada di bawah bimbingan MADA. Lawatan ini bertujuan memberi penilaian langsung terhadap keberkesanan sokongan yang telah diberikan, di samping memahami lebih dekat realiti operasi para usahawan. Antara lokasi yang dikunjungi ialah Projek Pemprosesan Industri Asas Tani (IAT) Durian Crepe milik usahawan Suriza Samsudin, yang telah menunjukkan potensi pertumbuhan positif melalui pengkomersialan produk bernilai tambah berasaskan durian. Pengerusi turut meninjau Projek Ternakan Ikan Bioflok dan Pemprosesan Pekasam yang diusahakan oleh Zaki Maliki, sebuah projek agroberasaskan teknologi yang semakin mendapat tempat dalam kalangan usahawan muda tani.

Lawatan ini turut membuka ruang interaksi dua hala antara pihak pengurusan dan para usahawan, membolehkan MADA mendengar secara langsung cabaran, keperluan serta aspirasi mereka dalam mengembangkan perniagaan. Melalui pendekatan turun padang seperti ini, MADA berharap dapat memperkukuh sokongan, memperkemas strategi pembangunan usahawan, serta memastikan setiap intervensi yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada pengukuhan ekonomi komuniti tani.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi