img-header-mada
img-header-cnt
Jumaat, 23 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

Majlis Setulus Budi & Majlis Apresiasi MADA 2023

06, Dec 2023
Pihak MADA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada 48 orang pesara yang terdiri dari 37 orang Pencen Wajib / Paksa, 4 orang Pencen Pilihan, 4 orang Pencen Terbitan 2023 dan 3 orang Pencen Terbitan 2022 di atas komitmen, dedikasi, pengorbanan serta kesetiaan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam khususnya di agensi MADA ini. Sifat-sifat terpuji ini sememangnya amat diperlukan bagi memastikan kesinambungan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, kelancaran program-program pembangunan ke arah peningkatan taraf hidup rakyat.
Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli selaku Pengurus Besar MADA menyatakan bahawa usaha gigih dan segala pengorbanan besar yang telah mereka berikan kepada Perkhidmatan Awam telah berjaya meletakkan perkhidmatan awam sebagai sebuah organisasi yang disegani. Beliau turut berharap sifat-sifat positif ini akan terus diamalkan oleh mereka yang masih berkhidmat. MADA amat bertuah kerana mempunyai pegawai dan kakitangan yang komited, berintegriti dan profesional dalam Perkhidmatan Awam. Beliau juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada keluarga pesara yang selama ini begitu setia mengharungi cabaran hidup berkeluarga dengan seorang penjawat awam, tabah dan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada pasangan masing-masing. Tanggungjawab ke atas kerja sememangnya penting, tetapi pada masa yang sama tanggungjawab ke atas keluarga juga amat penting, kerana dari keluargalah kita memulakan langkah kehidupan kita setiap hari. Semoga pesara-pesara akan sentiasa menghargai pasangan hidup masing-masing sehingga ke akhir hayat melalui kesetiaan dan pengorbanan yang diberikan.
Bagi kakitangan yang telah bersara, bantulah MADA dengan menyampaikan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh MADA dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Sampaikanlah seruan dan hasrat murni Kerajaan MADANI yang mahukan peladang-peladang di Kawasan Muda sentiasa di dalam kesejahteraan dan terjaminnya ekonomi mereka. Pengurusan Tertinggi MADA yang turut sama hadir ke majlis adalah Encik Dzulkifli Yaakub (Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan), Ir. Encik Ahmad Sukri Saad (Pengarah Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air), Encik Muhamad Hisham Mohd Noor (Pengarah Bahagian Industri Padi) dan Encik Rozaidi Sharee (Pengarah Bahagian Pengurusan Institusi Peladang).


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi