Pada hari ini telah berlangsung Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan Dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Premiera Hotel Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, wakil-wakil Kementerian dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan, serta wakil-wakil Badan Berkanun Persekutuan. Satu perundangan baharu diperkenalkan bertujuan untuk mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya bagi memperkukuhkan tatakelola BBP secara perundangan dimana ianya akan memberi penekanan antaranya pinjaman, pelaburan dan penubuhan anak-anak syarikat.
Perkara-perkara ini adalah merupakan antara inisiatif yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, sebagai salah satu usaha ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Turut sama hadir mewakili MADA antaranya adalah Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA, Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA serta Tuan Haji Mohamad Hisham Mohd Noor selaku Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MADA.
BERITA LAIN