img-header-mada
img-header-cnt
Jumaat, 2 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MADA MENERAJUI SEGMEN FAMILY FIESTA @ MAHA 2024

11, Sep 2024
Hari ini merupakan saat bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia yang telah menanti untuk meraikan 100 tahun penganjuran MAHA edisi 2024 dengan bertemakan “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan” mencerminkan aspirasi dan matlamat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama-sama rakyat Malaysia bagi menuai harapan dan membina kejayaan di masa hadapan dengan usaha dan inovasimemastikan keterjaminan makanan untuk negara. Program dwi-tahunan berkaitan pertanian, holikultur dan agro pelancongan ini telah berkembang sehingga menjadi sebahagian dari landskap negara yang mempamerkan kemajuan dan pencapaian Malaysia.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda – MADA turut memainkan peranan penting di dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dengan penglibatan untuk menerajui dua (2) segmen utama iaitu Segmen Agro Lifestyle dan Segmen Agro Culinary, 13 sub segmen berimpak tinggi di Dewan D-2, 5 pengisian pameran Agro Food bertempat di Laman Padi dan penglibatan 4 aktiviti dan showcase bertempat di segmen-segmen berlainan. Pihak MADA amat mengharapkan agar rakyat Malaysia khususnya golongan generasi muda untuk menyedari bahawa sektor pertanian berteknologi tinggi mampu memberikan pendapatan yang menguntungkan serta lumayan.

MAHA tahun ini turut menyaksikan keterlibatan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA hadir memberi sokongan serta menyantuni para pengunjung semenjak beliau dilantik menerajui jawatan Pengerusi MADA. Turut tidak ketinggalan penyertaan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA, Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) selaku Ketua Sekretariat Induk MADA @ MAHA dan seluruh warga MADA yang terlibat dalam penganjuran MAHA 2024.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi