Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PROGRAM SANTAI AGRO MADANI - PENUAIAN PADI PROJEK SMART SBB MINI SEKINCHAN MADA KG. LAT 1000

21, Aug 2023
Sempena Program Santai Agro MADANI, Yang Berhormat Datuk Seri Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyempurnakan sesi penuaian padi Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Mini Sekinchan MADA bertempat di Kampung Lat 1000, Simpang Empat, Perlis.
Projek ini dilaksanakan selama dua musim iaitu pada musim 1/2023 dan musim 2/2023 dengan jumlah keluasan seluas 172.968 hektar iaitu 97.70 hektar di Kampung Lat 1000, Simpang Empat Perlis terdiri daripada 28 orang peserta dan 75.268 hektar di Kampung Tok Mengkula, Ayer Hitam Kedah terdiri daripada 51 orang peserta menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah 79 orang.
Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Mini Sekinchan mampu melonjakkan peningkatan hasil padi ke tahap yang lebih baik dalam mengurangkan kebergantungan kepada import beras.
Dalam majlis tersebut, YB Datuk Seri Mohamad bin Sabu, Menteri KPKM juga telah menyampaikan Geran MASPRO bernilai RM151,100.00 kepada PPK MADA E-I, Simpang Empat.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi KADA, Tuan Haji Muhammad bin Husain, YH. Dato Haji Zamri bin Yaakob, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad.


BERITA LAIN