Majlis Penyampaian Sumbangan Ihsan Perdana Menteri Kepada Pesawah yang terjejas akibat bencana banjir adalah merupakan satu usaha dari pihak Kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan tersebut. Sumbangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku Menteri Dalam Negeri ini diadakan dalam bentuk bantuan kewangan bagi membantu pesawah kembali bangkit setelah kawasan pertanian mereka dilanda bencana. Sumbangan ini bertujuan untuk memberikan bantuan segera kepada pesawah yang terpaksa berhadapan dengan kerugian besar akibat bencana banjir.
Berikutan situasi bencana banjir yang melanda kawasan MADA pada bulan September yang lalu melibatkan seramai 4,233 orang pesawah di 21 buah PPK MADA dengan keluasan kerosakan seluas 5,568 hektar merangkumi daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Yan. Bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pesawah untuk menampung kos hidup sementara mereka menunggu musim pertanian yang akan datang, serta memberi sokongan untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.
Turut sama hadir ke majlis adalah Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Puan Zaiton Yahya (Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah) serta Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA).
BERITA LAIN