Walkabout YB Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA untuk menyampaikan Geran Bantuan kepada Peserta Program, Usahawan dan Peladang MADA di sekitar Wilayah III, Pendang dan Wilayah IV, Kota Sarang Semut.
Keseluruhan nilai Geran Bantuan yang disampaikan pada sesi ini adalah berjumlah RM492,629.90 kepada 16 orang peserta. Jenis Geran Bantuan yang disampaikan adalah terdiri :
1. Geran MASSPRO
2. Geran Agropelancongan
3. Geran Agropreneur Muda
4. Geran Change Upgrade Product (CUP)
5. Rezeki Tani
6. Bantuan RMK- 12 B40 Agromakanan Tahun 2023
Dalam sesi tersebut, YB Dato' Dr. Ismail Salleh juga membuat lawatan ke Ladang Mempelam Tobiar untuk melihat proses pembuatan puree Bes Mangga Tobiar Gold yang merupakan salah satu produk keluaran MADA yang sedia ada di pasaran. Seterusnya beliau merasmikan salah satu Agropelancongan MADA iaitu Laman Nipah Pak Ya Kuala Sala. Semoga dengan bantuan yang diterima ini akan dapat membantu peserta dan usahawan untuk mengembangkan lagi projek dan perniagaan dan seterusnya menyumbang hasil ke arah keselamatan makanan yang mampan.
BERITA LAIN