Pada hari ini pihak MADA berbesar hati menerima kunjungan Yang Berbahagia Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kerana sudi mengadakan lawatan kerja turun padang bagi meninjau situasi terkini keadaan banjir di Kawasan Muda serta meninjau kerosakan-kerosakan infrastruktur Jitra Offtake yang pecah akibat hujan lebat di kawasan sungai. Dalam lawatan kerja tersebut, beliau telah segera meluluskan peruntukan untuk membaik pulih kerosakan Struktur Kawalan Pasang Surut (ACX) Jitra Offtake bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dapat dijalankan dengan segera dan berkesan. Dalam masa yang sama, beliau turut turun padang melawat kawasan penanaman padi yang terjejas banjir bertempat di Kampung Budi, Alor Changileh.
Taklimat secara menyeluruh berhubung kedua-dua situasi tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli (Pengurus Besar MADA) bersama-sama Yang Berusaha (Engineer) Tuan Nik Kun Bin Nik Man, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal).
Lawatan kerja Ketua Setiausaha KPKM ini menunjukkan kesungguhan serta keprihatinan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terhadap kebajikan petani yang terjejas dan keadaan semasa infrastruktur kritikal.
BERITA LAIN