Program Santuni MADANI bertempat di Kampung Alor Sena, Kangar, Perlis pada pagi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA. Program yang berlangsung di peringkat komuniti, bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan penduduk setempat melalui pendekatan strategik dan holistik. Program ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan
Satu Pemimpin, Satu Kampung, yang dirangka untuk meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui libat urus pemimpin bersama penduduk bagi mengenal pasti isu sosio-ekonomi dan mencadangkan kaedah penyelesaian serta keperluan penduduk setempat selaras dengan prinsip localised Sustainable Development Goals (SDG) yang menitikberatkan pembangunan lestari yang sesuai dengan keperluan setempat.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program ini, termasuk aktiviti yang memupuk perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk. Dengan pendekatan menyeluruh dan berfokuskan komuniti, Program Santuni MADANI diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi MADANI untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua.
#IhsanMADANI
BERITA LAIN