img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 1 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS SETULUS BUDI MADA 2024

08, Dec 2024
Alhamdulillah, seluruh pihak pengurusan tertinggi MADA ingin menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan oleh 49 orang pesara-pesara MADA yang telah mencurahkan jasa bakti dalam memajukan pembangunan dan kemakmuran negara terutamanya dalam merealisasikan agenda misi dan visi Kementerian serta MADA di dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada seluruh peladang-peladang di Kawasan Muda. Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA turut menyatakan di dalam ucaptamanya dalam menghargai sumbangan bakti para pesara kepada negara di sepanjang karier mereka di dalam Perkhidmatan Awam. Mereka adalah individu yang telah berusaha keras demi kemajuan negara, dan kini tiba masanya untuk mereka menikmati hasil dari dedikasi dan pengorbanan yang telah diberikan.

Pihak MADA mengharapkan agar seluruh pesara-pesara akan sentiasa menghargai serta mengenang jasa pihak Kerajaan yang telah menyediakan peluang pekerjaan ini. Inilah sektor yang menyediakan periuk nasi kita, dengan pelbagai intensif yang disediakan oleh pihak Kerajaan dengan kemudahan-kemudahan yang sempurna. MADA juga mengharapkan agar para pesara menjadi agen perpaduan untuk bersama-sama membantu dan menyokong memperkukuh agenda perpaduan negara melalui sentuhan Malaysia MADANI. Agenda MADANI ini bukanlah satu slogan atau konsep yang sebarangan, tetapi ianya adalah satu pendekatan yang akan mentransformasikan negara ini, dengan mengutamakan rakyat dan menjadikan kesejahteraan mereka sebagai teras utama dalam setiap dasar dan keputusan yang diambil. Ini adalah komitmen pihak Kerajaan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih inklusif, berdaya saing dan mampan.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi