Anda berada di sini: LAMAN UTAMA / MAKLUMAT KORPORAT /
BERITA TERKINI
KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN TERTINGGI MADA KE ATAS TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN) KPKM
10, Dec 2024
Sesi Kunjungan Hormat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA ke atas Yang Berbahagia Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah diadakan bertempat di Wisma Tani, Putrajaya bagi membincangkan tumpuan ke arah Reformasi Industri Padi dan Beras Negara yang merangkumi semua aspek dalam usaha menyeluruh untuk mentransformasikan sektor ini. Tujuan utamanya adalah meningkatkan hasil pengeluaran padi sambil mengurangkan kos secara berkesan, menjadikan industri ini lebih cekap, berdaya saing, dan mampan demi kesejahteraan peladang dan keterjaminan makanan negara. Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama antara MADA dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam memperkukuh sektor pertanian, khususnya industri padi dan beras, demi kelangsungan ekonomi peladang dan kestabilan bekalan makanan negara. Semoga segala usaha reformasi yang dirancang dapat dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil mampan, memberi manfaat besar kepada peladang serta menyumbang kepada kemajuan industri padi dan beras negara.