img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 1 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PENGERUSI MADA TURUN PADANG MELIHAT OPERASI PENGAIRAN FASA 1 SEMPENA AKTIVITI PENANAMAN PADI MUSIM 1/2025

21, Apr 2025
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh hari ini telah turun padang bagi melihat operasi pengairan bagi Fasa 1 bersempena Aktiviti Penanaman Padi MADA Musim 1/2025 diiringi Tuan Engineer Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal) yang telah bermula pada 16 April 2025. Pihak MADA telah memulakan pelepasan pra bekalan air dari empangan mulai 10 April 2025 meliputi kawasan Fasa 1 seluas 33,580 hektar dan dibantu oleh sumber daripada turunan hujan di dataran. Operasi pengairan di Sistem Lana Bulu melibatkan keluasan 18,827 hektar bagi Fasa 1 dimana 9,486 hektar untuk Wilayah II, Jitra dan 9,341 hektar untuk Wilayah I, Perlis. Keluasan Blok LBLBD 7 ialah 435 hektar yang melibatkan 300 orang pesawah. Status terkini aktiviti penanaman padi bagi blok ini telah mencapai 100% pratepuan dan aktiviti putaran sedang berjalan.



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi