Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PELANCARAN TABUNG AKAUN AMANAH KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN OLEH PENGERUSI MADA

25, Oct 2023
Pada hari ini telah berlangsungnya Pelancaran Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh Dato Dr. Ismail Bin Salleh selaku Pengerusi MADA bertempat di lobi Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar. Ianya selaras dengan amanat Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara agar setiap Kementerian serta Jabata dan Agensi dibawahnya untuk menggerakkan kutipan sumbangan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang.
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersama-sama peladang-peladang di Kawasan Muda serta seluruh rakyat Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Palestin dan mendesak agar kekejaman serta penindasan yang berlaku terhadap rakyat Palestin dihentikan segera.


BERITA LAIN