Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

LAWATAN PENGERUSI MADA KE PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) ZON UTARA 2024

03, May 2024
Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program MADANI Rakyat 2024 peringkat Zon Utara bermula pada 3 sehingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara ini merangkumi tiga (3) negeri di utara semenanjung iaitu Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Program MADANI Rakyat 2024 yang telah diadakan ini merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember 2023 lalu. Program ini diperluaskan penganjurannya ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Program MADANI Rakyat 2024 ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada Kementerian dan Agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan kerajaan. Program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekaligus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI. Pengerusi MADA iaitu Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh diiringi Pengurus Besar serta Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) telah mengadakan lawatan ke booth pameran seliaan Jabatan / Agensi di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi mewujudkan kerjasama dua (2) hala dalam membantu sektor pertanian di Kawasan Muda (MADA).


BERITA LAIN