Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA KEBERANGKATAN BAKAL JEMAAH HAJI MADA KE TANAH SUCI MAKKAH AL-MUKARRAMAH

16, May 2024
Ibadah Fardu Haji pada tahun ini menyaksikan seramai sembilan (9) orang bakal jemaah Haji MADA telah dan akan berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah bagi menyempurnakan Rukun Islam Ke-5 di mana penerbangan sulung waktu tengah malam Khamis pada 9 Mei 2024. Pihak MADA dengan rasa penuh takzim dan berbesar hati mengucapkan tahniah di atas panggilan Haji yang telah diumumkan oleh pihak Tabung Haji Malaysia serta memberikan nasihat kepada semua bakal jemaah Haji MADA untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadat sepanjang berada di tanah suci. Ini adalah kerana terpilih sebagai Dhuyufurrahman untuk mengunjungi Baitullah adalah anugerah terindah dari Allah SWT bagi menyempurnakan ibadah rukun Islam. Pihak MADA turut mengambil maklum berkenaan situasi cuaca di Tanah Suci yang dijangka panas, mencecah hampir 50 darjah celcius, dan para bakal jemaah Haji MADA dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri selain mengikuti segala nasihat yang disarankan pihak Tabung Haji Malaysia agar semua amalan Haji dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar.

Pihak MADA turut tidak ketinggalan melaksanakan Majlis Bacaan Yasin kepada bakal jemaah Haji MADA bagi mendoakan mereka selamat pergi dan pulang membawa Haji yang Mabrur. Pihak MADA serta seluruh peladang-peladang di Kawasan Muda (MADA) turut mendoakan agar semua bakal jemaah Haji MADA dan jemaah Haji dari seluruh negara dipermudahkan oleh Allah SWT dan dapat melaksanakan ibadat Haji dengan sempurna serta pulang dengan Haji yang Mabrur. Semua bakal jemaah Haji MADA adalah dipohon untuk sentiasa menjaga imej dan nama baik agensi serta negara dengan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi dan peraturan yang digariskan Tabung Haji bagi menjamin keselamatan jemaah serta melicinkan proses mengerjakan Haji.


BERITA LAIN