img-header-mada
img-header-cnt
Rabu, 21 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH MADA BIL. 2/2025

20, May 2025
Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah MADA Bilangan 2/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Langkasuka, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi Lembaga Pengarah) bagi membincangkan perkara-perkara penting khususnya demi kebaikan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kerajaan Malaysia secara amnya. Pihak Lembaga Pengarah merakamkan ucapan penghargaan serta mengalu-alukan ahli-ahli Lembaga Pengarah yang baharu dilantik berkuatkuasa 16 Februari 2025 iaitu Yang Berhormat Dato’ Rahimi Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Indera Kayangan dan Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah bin Raja Hussin, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Pertanian Malaysia (Agrobank). Pihak MADA turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah menamatkan khidmat di dalam Lembaga Pengarah iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Mantan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah merangkap Mantan Pengurus Besar, Yang Berusaha Tuan Engineer Amiruddin Alaldin, Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta Allahyarham Tuan Haji Muhamad Hisham bin Mohd Noor, Setiausaha Lembaga Pengarah MADA merangkap Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MADA.

“Darjat Peladang Di Sanjung Tinggi, Martabat MADA Di Julang Megah”



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi