Pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Haji Razali bin Saad, Exco Pertanian Negeri Perlis ke Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri Perlis dan MADA khususnya dalam pembangunan sektor pertanian serta infrastruktur berkaitan pertanian dan pengairan khususnya pembangunan industri padi di Kawasan Muda Negeri Perlis. Turut bersama di dalam sesi pertemuan ini adalah Yang Berusaha Tuan Ir. Nik Kun bin Nik Man, Timbalan Pengurus Besar – Teknikal (MADA).
.jpg)