Program Memasak Bubur Asyura Peringkat MADA yang diadakan pada hari ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan warga kerja yang dianjurkan bersempena Bulan Muharram bagi memperkukuhkan hubungan silaturrahim serta kekuatan kebersamaan disamping memupuk nilai-nilai murni dan kepeduliaan sosial. Seramai 120 kakitangan yang terdiri dari Bahagian-Bahagian, Pejabat-Pejabat Wilayah, MADACorp, Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM) serta turut disertai oleh Kumpulan Peladang Muda / Nita mewakili seluruh PPK dalam seliaan MADA. Program ini juga turut memberi peluang kepada MADA untuk menyumbang kepada masyarakat melalui pengedaran bubur kepada jemaah di tiga (3) buah masjid berdekatan. Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA), Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar) bersama-sama Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) dan Pengarah-Pengarah turut hadir menyerikan program dan diharapkan agar kesinambungan penganjurannya akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang sebagai pencetus pembentukan serta pembudayaan Penjawat Awam yang harmoni dan berakhlak tinggi berasaskan prinsip Malaysia MADANI.
