img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 21 Ogos 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT MADA 2025

17, Aug 2025
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini adalah merupakan Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni yang membawa maksud memperkukuhkan kerangka pembangunan berasaskan nilai kemanusiaan, inklusiviti dan keadilan sosial. Ia menegaskan bahawa kemakmuran negara hendaklah dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama). Manakala, perkataan (Rakyat Disantuni pula menonjolkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat termasuk aspek pendidikan, kesihatan, ekonomi dan keselamatan. Ia adalah manifestasi nyata bahawa pembangunan negara tidak hanya tertumpu kepada aspek fizikal dan ekonomi tetapi juga kepada aspek manusiawi yang membentuk jati diri bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu). Gabungan dua terma ini adalah merupakan cerminan visi Kerajaan untuk memperkukuhkan pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai-nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial dan keadilan, disamping melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat. Ianya juga turut menggambarkan keutamaan Kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MADA 2025 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA bertempat di Ibu Pejabat MADA bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme yang mendalam di kalangan kakitangan MADA. Melalui inisiatif ini, diharapkan setiap individu akan lebih menghargai dan menyayangi negara, sekaligus memperkukuh rasa kebanggaan terhadap identiti dan aspirasi nasional. Majlis ini telah dihadiri seramai 80 orang kakitangan MADA yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengurus-Pengurus Wilayah, Kontinjen Perarakan MADA sempena Hari Kebangsaan Negeri Kedah serta warga kerja MADA terlibat.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi