img-header-mada
img-header-cnt
Rabu, 26 November 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI – DIALOG PENGURUSAN DANA AWAM 2025

21, Aug 2025
Hari ini telah berlangsung dua (2) sesi ceramah dan dialog Anti Rasuah – Pengurusan Dana Awam bersempena Program Pengukuhan Integriti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program ini adalah merupakan satu inisiatif penting yang mengumpulkan para-para ilmuan bagi membincangkan cabaran dan solusi dalam memastikan dana awam diuruskan secara telus dan berintegriti, di samping membina kesedaran, meningkatkan pemantauan serta menggalakkan kerjasama antara agensi Persektuan dan Negeri serta Penjawat Awam MADA. Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar MADA sewaktu merasmikan program ini turut menyatakan kesiriusan agar seluruh warga kerja MADA untuk menjunjung amanah yang diberikan dengan penuh integriti dan profesionalisme. Beliau menegaskan bahawa warga MADA komited untuk menolak sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan, serta akan terus memperkukuh sistem tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti. Tambah beliau lagi, usaha kolaboratif seperti ini bukan sahaja menyemai budaya kerja beretika, tetapi juga memperkukuh keyakinan rakyat terhadap pengurusan dana awam yang bertanggungjawab dan bebas daripada sebarang unsur rasuah.

Encik Mohd Hafizi Zakaria selaku Ketua Unit Integriti MADA telah berjaya menampilkan 2 orang tokoh berwibawa dan berpengalaman iaitu Tuan Syahrul Khuzaini Aminudin (Penguasa Kanan, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat – SPRM) serta Tuan Syeikh Mohd Rasydan Abdul Rahman (Penolong Pegawai Agama Daerah Sik) di dalam satu Sesi Dialog Anti Rasuah : Pengurusan Dana Awam yang berlangsung dengan penuh berinformasi dan membina. Kedua-dua tokoh ini telah berkongsi perspektif yang mendalam serta pengalaman sebenar berkaitan isu integriti dan pengurusan dana awam, merangkumi aspek penguatkuasaan, pendidikan pencegahan rasuah serta nilai-nilai moral dan etika dalam pentadbiran. Perbincangan yang berlangsung secara interaktif ini telah membuka minda para peserta, sekaligus menyemarakkan semangat untuk menjadi agen perubahan dalam membanteras gejala rasuah dan memperkasa sistem pengurusan yang lebih berintegriti dalam organisasi.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi