Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersama kakitangan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta seluruh rakyat Malaysia seawal jam 6.20 petang telah mula berkumpul di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan berpakaian serba putih sebagai tanda solidariti kepada rakyat palestin. Pada hari ini juga, hadirin tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mengibarkan bendera Palestin, Jalur Gemilang, sepanduk dan kata-kata doa di dalam Himpunan Pembebasan Palestin dengan satu tujuan untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh sekaligus menentang kekejaman rejim zionis yang tidak berkesudahan. Dunia turut dilaporkan bahawa Almarhum Ismail Haniyeh bersama seorang pengawal peribadinya terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.
Laungan
Bebaskan Palestin dan
Israel Bacul telah memecah sunyi dan bergema gegak gempita di arena menandakan amarah rakyat Malaysia kepada kezaliman yang telah tercetus ke atas rakyat Palestin. Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin, bersama-sama beberapa pemimpin lain.
Turut sama hadir mewakili MADA ke Himpunan Pembebasan Palestin adalah Encik Rozaidi Sharee (Pengarah Bahagian Pengurusan Wilayah), Ir. Encik Eddi Zaimee Romli (Pengarah Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air), Encik Nazri Ismail (Pengurus MADA Wilayah IV – Kota Sarang Semut) dan Encik Mohd Fairuz Ismail (Timbalan Pengurus Teknikal Wilayah III - Pendang).
BERITA LAIN