img-header-mada
img-header-cnt
Jumaat, 2 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN & KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT MADA 2024

19, Aug 2024
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini adalah merupakan Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka yang mentakrifkan agar seluruh rakyat Malaysia mempunyai pemahaman yang sama, di mana Malaysia MADANI membawa maksud tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama. Manakala perkataan Jiwa Merdeka pula menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi, seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif. Gabungan dua terma ini menyerlahkan cita-cita untuk membina sebuah Malaysia yang berdaya maju, adil dan sejahtera di samping mengekalkan nilai-nilai asas kemerdekaan dan kebebasan. Ini juga menggariskan komitmen Kerajaan untuk memperkukuhkan perpaduan nasional di antara pelbagai lapisan masyarakat, etnik dan agama dalam mencapai pembangunan dan kemakmuran yang berkekalan.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MADA 2024 ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA bertempat di Ibu Pejabat MADA bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme yang mendalam di kalangan kakitangan MADA. Melalui inisiatif ini, diharapkan setiap individu akan lebih menghargai dan menyayangi negara, sekaligus memperkukuh rasa kebanggaan terhadap identiti dan aspirasi nasional. Majlis ini telah dihadiri seramai 60 orang kakitangan MADA yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengurus-Pengurus Wilayah, Ahli Jemaah Pengarah PPK, Ketua Peladang Nita serta warga kerja MADA.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi