Sesi Kunjungan Hormat yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA Ke Atas Yang Berusaha Encik Mohamad Muda Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara telah diadakan bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur bagi mengeratkan kerjasama di antara dua (2) Jabatan / Agensi Persekutuan serta turut membincangkan perkara berkaitan halatuju di dalam mengembalikan semula kegemilangan sejarah tapak warisan Terusan Wan Mat Saman yang merupakan sistem pengairan padi yang pertama di Malaysia yang juga kini telah mencecah usia 128 tahun berlokasi di Kawasan Muda (MADA).
Pertemuan dua (2) hala ini dijangka dapat menghasilkan natijah yang positif serta mampu membuka lembaran baharu kerjasama strategik untuk dijadikan punca kuasa bagi kedua-dua pihak berkolaborasi. Pihak pengurusan tertinggi MADA ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih khususnya kepada seluruh pimpinan pengurusan tertinggi Jabatan Warisan Negara di atas kesudian menerima kunjungan ini dan mengharapkan agar seluruh warga Jabatan Warisan Negara dapat terus gah meneroka, memulihara dan memelihara warisan negara ke arah pembangunannya yang mampan sehingga terserlah di persada dunia.
Turut sama hadir mengiringi Pengurus Besar MADA ke kunjungan hormat ini adalah Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengairan & Saliran serta Pengarah Bahagian Industri Makanan & Usahawan.
BERITA LAIN