img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 1 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PENGURUS BESAR MADA HADIR DI MAJLIS ISTIADAT PERASMIAN PEMBUKAAN SIDANG DUN KEDAH 2025

20, Apr 2025
Pada hari ini Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 bertempat di Wisma Darul Aman, Alor Setar yang disempurnakan dengan penuh istiadat oleh Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, yang dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri dari tiga Pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Ke-6, Rejimen Askar Melayu DiRaja. Majlis seterusnya diteruskan dengan Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Dewan Undangan Negeri Kedah di mana Baginda Tuanku turut bertitah antaranya menyokong pelaksanaan inisiatif penanaman padi lima (5) musim dalam tempoh dua (2) tahun di Kawasan Jelapang Padi Negeri Kedah sebagai usaha bagi memastikan keterjaminan bekalan beras Negara.

Baginda juga turut menyarankan agar pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk meningkatkan usaha melaksanakan teknologi pertanian moden khususnya di dalam penghasilan benih padi yang berkualiti serta penggunaan jentera moden. Namun begitu, Baginda berharap kawasan luar jelapang padi juga perlu sama diberikan perhatian yang serius agar jumlah pengeluarlan padi dapat ditingkatkan. Justeru, Kerajaan Negeri perlu tegas melindungi kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda sebagai jaminan kelestarian sumber air yang mencukupi dan selamat disamping menjamin pengekalan pelbagai spesis flora dan fauna.

Patik-patik sekalian dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sentiasa mendoakan agar Baginda Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan usia, dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi