Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 DAN HARI KELUARGA PERINGKAT MADA

14, Oct 2023
Pada hari ini telah berlangsungnya perasmian Hari Sukan Negara 2023 dan Hari Keluarga Peringkat MADA yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar. Sebanyak 16 acara dan aktiviti telah berlangsung sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023 dan Hari Keluarga Peringkat MADA berkonsepkan aktiviti indoor dan outdoor seperti Virtual Sports Challenge, Kayuhan Madani, Hiking, Funwalk serta banyak lagi melibatkan seluruh kakitangan MADA di peringkat Ibu Pejabat, Pejabat Wilayah dan Pejabat PPK MADA.
Hari Sukan Negara adalah merupakan hari yang di ilhamkan sebagai hari ikonik tahunan kepada rakyat Malaysia kerana pada kebiasaannya pelbagai aktiviti dan acara sukan yang akan diadakan dengan penuh meriah di seluruh negara, bukan sahaja di sekolah bahkan di universiti, kolej, di jabatan-jabatan kerajaan, dan sektor swasta akan menyambut Hari Sukan Negara. Sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sukan mampu menjadi wadah penting dalam usaha kita untuk membentuk sebuah Malaysia MADANI yang harmoni dan bersatu padu. Turut sama hadir ke program iaitu Pengurus Besar, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) / (Teknikal), Pengarah Bahagian Industri Padi serta Pengurus-Pengurus Wilayah MADA.


BERITA LAIN