Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SESI PEMBENTANGAN PELAKSANAAN INISIATIF GELOMBANG PADI OLEH PENGURUS BESAR MADA

16, Apr 2024
''Pada tahun 2024, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menambah baik mekanisme pelaksanaan sedia ada dan merangka hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara. Perubahan ini telah digelarkan sebagai ''Gelombang Padi'' di mana ianya bakal menjadi satu game changer yang akan mentransformasi industri padi dan beras negara'', ujar Pengurus Besar MADA sewaktu menyampaikan ucapan di dalam Wacana Gelombang Padi kepada seluruh pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional MADA bertempat di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Katanya lagi, pihak MADA berharap inisiatif ini akan mengangkat industri padi dan beras negara ke suatu tahap yang lebih cekap dan berdaya tahan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan. Terdapat 12 inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah Gelombang Padi, termasuklah Gelombang Padi 5 iaitu memperluaskan pelaksanaan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan. Program Smart SBB Ala Sekinchan telah mula diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian bermula pada bulan Mei 2023, di mana ianya adalah merupakan model baharu dalam mengaplikasikan amalan terbaik penanaman padi di Sekinchan untuk direplikasikan ke seluruh kawasan penanaman padi yang lain. Program ini turut dilaksanakan di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Pihak MADA, Pertubuhan Peladang Kawasan bersama-sama peladang di Kawasan Muda memainkan tugasan serta peranan yang sangat penting di dalam menguruskan kawasan pengeluaran utama makanan ruji untuk keperluan rakyat Malaysia serta berperanan memperkukuhkan Sekuriti Makanan Negara. Peranan dan sumbangan oleh Kawasan Muda untuk kecukupan makanan negara tidak lagi boleh dinafikan, kerana pengeluaran padi negara ini datangnya dari kawasan jelapang utara tanah air yang telah disumbang lebih dari 5 dekad yang lalu.

Di dalam majlis ini juga turut diadakan Sesi Engagement bersama Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Dzulkifli Yaakub yang bakal menamatkan tugasan beliau dari Perkhidmatan Awam pada 18 April 2024. Pihak MADA mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas jasa bakti yang telah dicurahkan oleh Yang Berusaha Encik Dzulkifli Bin Yaakub, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusn MADA, di atas usaha gigih beliau dalam memastikan institusi MADA ini terus konsisten, bukan sahaja untuk melestarikan industri tanaman padi, malahan juga untuk menjamin kesenangan buat seluruh peladang-peladang di Kawasan Muda.


BERITA LAIN