Pada 19 November 2017 telah berlangsung Majlis Penyampaian Insentif Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Musim 2/2017 dan Penyerahan Zakat NAFAS Tahun 2016 di PPK H-II Kepala Batas.
Majlis penyampaian insentif ini telah disempurnakan Oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu. Turut dihadiri oleh Pengurus Besar MADA, Dato’ Fouzi Bin Ali bersama-sama dengan wakil dari NAFAS serta sejumlah 200 peladang-peladang di kawasan H-II Kepala Batas.