Buat julung-julung kalinya Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA telah berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz untuk hadir ke Masjid As-Syakirin Pekan Tokai Pendang yang terletak di dalam Kawasan Muda. Majlis ceramah agama yang dianjurkan dengan kerjasama dari Masjid As-Syakirin ini telah memberikan satu impak yang baik oleh jemaah-jemaah yang hadir.
Dengan tajuk yang diberikan iaitu “Rindukah Aku Pada Rasulullah”, Yang Berbahagia Datuk Seri telah memberikan kupasan yang indah dan jauh lebih meluas berdasarkan dari Al-Quran dan Hadith Baginda Nabi SAW yang bertepatan dengan sifat semasa manusia yang hidup di pengakhiran zaman.
Pesannya lagi, “jika kita tidak pernah merasa rindu pada Rasulullah, mungkin kita masih belum lagi mengenali Baginda dengan secara bersungguh-sungguh. Mungkin sirah Baginda kita telah baca tetapi tidak kita hayati hingga meresap ke dalam hati”.
Para jemaah yang hadir juga turut tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan-soalan kepada Yang Berbahagia Datuk Seri.