Majlis Touchpoint Day End Closing Account Programme (DECA) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Fouzi bin Ali, Pengurus Besar MADA. Majlis yang turut dihadiri seramai 400 orang kakitangan kewangan dari pejabat wilayah serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan masalah kelewatan penutupan akaun PPK dapat diminimumkan. Disamping itu juga, ianya adalah untuk memastikan laporan kewangan PPK disediakan dengan penuh berkualiti serta ‘Real Time’.