Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) buat kali kedua pada 7 Jun 2018 telah menganjurkan World #QuranHour bertempat di lokasi utama Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA Ampang Jajar dengan menghimpunkan kira-kira 120 orang peserta. Majlis khatam Al-Quran yang dipimpin bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang telah memberikan mereka para pengkhatam kekuatan untuk membaca serta mentadabburkan diri kepada mukijizat wahyu yang terulung, seterusnya pembawa panji-panji Hujurat dengan konsep Tazakkur.
Hebatnya Al-Quran sebagai mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ajakan untuk bersama membacakan ayat suci itu berjaya menyatukan lebih 10 juta umat Islam dari 50 negara seluruh dunia.
Secara serentak pada ruang waktu yang berbeza, umat Islam di seluruh dunia meluangkan masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci al-Quran.
Ternyata, program ini berjaya mengangkat budaya tadarus al-Quran dalam kalangan masyarakat di negara ini dan kesungguhan menjadikan ia acara tahunan menggambarkan semangat untuk bersama menyebarkan syiar Islam.