Majlis Perhimpunan Bulanan MADA buat kali Ke-3 telah berlangsung di Dewan Syed Nahar dengan kehadiran pegawai serta kakitangan dari seluruh Kawasan Muda seramai 400 orang. Majlis telah dimulakan dengan bacaan ikrar dan seterusnya diselangi dengan bacaan doa. Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Bin Ali, Pengurus Besar MADA telah menyampaikan tausiah serta amanat-amanat penting kepada seluruh pegawai serta kakitangan MADA yang hadir. Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Warisan yang pernah didendangkan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad bagi menaikkan lagi semangat di bulan kemerdekaan.