Pada tanggal 3 September 2020 yang lalu, Yang Berhormat Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman selaku Pengerusi MADA telah mengadakan Program Turun Padang yang melibatkan Pejabat Wilayah I, II, III & IV MADA.
Lawatan YB Pengerusi MADA dimulai dengan Sesi Libat Urus dan Taklimat ke Projek PPP EPP10 bertempat di Pulau Pak Ubin, Wilayah II yang dikelolakan oleh Pejabat Wilayah II MADA serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan & Pengurusan Projek, Ibu Pejabat MADA Ampang Jajar. Program seterusnya diteruskan dengan lawatan dan taklimat ke Projek Infrastruktur Tandop Pasang Surut di Kuala Tunjang.
Beliau kemudiannya dibawa melawat ke Projek Padi Berskala Besar bertempat di Sungai Berembang dimana Pengurus Wilayah I, Encik Zairizal telah memberikan sedikit taklimat ringkas berkaitan perjalanan Projek Padi Berskala Besar di Negeri Perlis. Seusai taklimat, program berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat zohor berjemaah.
Kemudian beliau meneruskan lawatan ke Kampung Kepala Bukit, Wilayah III Pendang untuk sesi suai kenal bersama usahawan kopi madu kelulut yang merupakan salah seorang usahawan dibawah bimbingan MADA.
Lawatan beliau berakhir di Projek Cili Fetergasi bertempat di Wilayah IV, Kota Sarang Semut. Projek ini adalah satu projek dibawah MADA yang mendapat bantuan PRE.
Program turun Padang ini diadakan bertujuan supaya Pengerusi MADA dapat mengenali dengan lebih mendalam berkaitan pengurusan kerja MADA. Sepanjang lawatan ke wilayah, beliau turut berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama warga MADA serta peladang-peladang.