LATARBELAKANG YAYASAN PELAJARAN PERTUBUHAN PELADANG MADA (YPPM)
Yayasan telah ditubuhkan di bawah akta lembaga kemajuan pertanian muda 1972 – perintah lembaga kemajuan pertanian muda (yayasan pelajaran persatuan peladang dan pertubuhan peladang mada) 1982. Penubuhannya telah dirasmikan pada 1 Jun 1983 oleh Y.B. Menteri Pertanian Malaysia bertempat di Negeri Perlis Indera Kayangan. Tujuan penubuhan YPPM adalah untuk :
-
- Menggalak, mendidik, memaju dan membantu dalam kemajuan pelajaran ahli dan anak – anak ahli.
- Menubuhkan dan menyenggara biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan lain kepada ahli dan anak – anak ahli bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.
- Menjalankan segala kegiatan yang difikirkan patut dan sesuai untuk menambah peluang pelajaran kepada ahli dan anak – anak ahli
PRESTASI
PRESTASI YAYASAN PELAJARAN PERTUBUHAN PELADANG MADA (YPPPM) SEHINGGA 31 DISEMBER 2010
BIL |
AKTIVITI-AKTIVITI
|
KETERANGAN
|
BILANGAN PENERIMA KESELURUHAN (SEHINGGA 31 DISEMBER 2010)
|
BILANGAN PEMBERIAN KESELURUHAN (SEHINGGA 31 DISEMBER 2010)
|
(ORG)
|
(RM)
|
|||
1 | BIASISWA KECIL (TINGKATAN 1 HINGGA 5) | Bantuan kepada anak-anak ahli PPK MADA yang telah mencapai kecemerlangan dalam UPSR dan kepada mereka yang kurang berkemampuan. |
1,046
|
1,806,595
|
2 | KELAS TAMBAHAN | Dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah menengah. |
252,678
|
428,803
|
3 | BANTUAN PAKAIAN SERAGAM | Meringankan bebanan ahli-ahli PPK MADA terutama yang kurang berkemampuan. |
12,369
|
449,650
|
4 | BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM | Membantu dan memberi saguhati kepada anak-anak ahli PPK MADA yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. |
9,856
|
928,200
|
5 | ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG |
518
|
74,442
|
|
6 | BANTUAN PELAJARAN ANAK AHLI TERMISKIN | Kaedah pelaksanaannya ialah berdasarkan kepada anak ahli termiskin dalam sesebuah PPK dan tidak berdasarkan kecemerlangan dalam akademik. |
274
|
305,640
|
7 | KURSUS MOTIVASI PEMEGANG BIASISWA | Kursus ini diberikan kepada Pemegang biasiswa kecil Yayasan yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. |
1,887
|
526,012
|
8 | KURSUS MOTIVASI UPSR | Untuk anak-anak ahli PPK MADA yang akan menduduki peperiksaan UPSR. |
18,212
|
264,851
|
JUMLAH
|
296,840
|
4,784,193
|