Terletak di kawasan seluas 40 hektar di Tobiar, Daerah Pendang, Kedah, Ladang Mempelam Tobiar telah ditanam dengan 18,000 pokok mempelam dari varieti Chokanan. | ||
Anda boleh menikmati kelazatan buah mempelam segar dan hidangan istimewa pulut mempelam berserta minuman jus mempelam segar terus di ladang di samping menikmati keindahan dan ketenangan suasana ladang yang menghijau. | ||
Ladang ini juga dibuka untuk pelbagai aktiviti seperti lawatan ladang (samada berjalan, berbasikal maupun menaiki trem), petikan buah, memancing di kolam, latihan hands-on, dan kemudahan mesyuarat. Di samping itu pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah dari atas menara tinjau di ladang ini.
Untuk maklumat dan tempahan sila hubungi Hj Azhar +6012-4526464