Majlis Engagement Sempena ‘Clock Out’ Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Ali, Pengurus Besar MADA telah diadakan pada jam 3.00 petang bagi meraikan hari terakhir perkhidmatan beliau. Turut sama hadir ke majlis Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman selaku Pengerusi MADA, pengurusan tertinggi dan kanan, pagawai-pegawai dari Ibu Pejabat serta Pengurus-Pengurus Wilayah.

Majlis yang diadakan ini adalah sebagai tanda kenangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh beliau dalam mentadbir agensi MADA selama 6 tahun di dalam memacu industri tanaman padi di Kawasan Muda serta meningkatkan hasil pendapatan peladang-peladang.

Menjadi lumrah bagi setiap pemimpin itu datang dan bersilih ganti. Seluruh kakitangan MADA mengucapkan jutaan terima kasih serta mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik kepada Dato’ Fouzi Ali untuk beliau memberikan pandangan dan nasihat meskipun telah bersara.